Rabu, 20 November 2013

High dependency unit (HDU)

HDU adalah sebuah kawasan di hospital, biasanya terletak rapat dengan unit rawatan rapi, di mana pesakit boleh dijaga dengan lebih meluas berbanding di wad biasa, tetapi tidak ke tahap rawatan rapi. Kebanyakan unit-unit ini telah ditubuhkan pada tahun 1990-an apabila hospital mendapati bahawa sebahagian daripada pesakit yang memerlukan tahap penjagaan yang tidak dapat disampaikan dalam suasana wad biasa Ini dianggap dikaitkan dengan pengurangan kematian. Pesakit mungkin akan dimasukkan ke untuk katil HDU kerana mereka mempunyai risiko yang memerlukan kemasukan rawatan rapi, atau sebagai langkah ke bawah antara rawatan rapi dan wad penjagaan yang berasas.

Selasa, 15 Januari 2013

TEKS PENDIDIKAN KESIHATAN : PERKEMBANGAN 1 BULAN HINGGA 2 TAHUN



Assalamualaikum . Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia kepada pembimbing penceramah yang dihormati , KJ Radziah  , tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian . Saya Jururawat Pelatih , Noor Mas Ayu Daud dari Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru akan menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk “ Perkembangan Kanak-kanak 1 bulan sehingga 2 tahun. Sebelum memulakan, tahniah saya ucapkan kepada semua yang berada disini kerana anda telah menjadi seorang ibu dan bapa serta terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama saya pada hari ini.

Di sini, saya ingin menerangkan definisi mengenai perkembangan kanak-kanak ialah kemajuan dalam kemampuan atau kanak-kanak melakukan sesuatu aktiviti termasuk aktiviti yang lebih rumit apabila kanak-kanak menjangkau umur yang sesuai. Penilaian dilakukan dari aspek motor kasar, soaial, penglihatan, pendengaran pertuturan dan adaptif. Contohnya kebolehan memegang atau mengambil sesuatu dengan jari , kebolehan duduk , berjalan , serta  kemahiran bercakap dan berfikir. Mesti ramai yang membayangkan proses pembesaran anak masing-masing kan apabila saya beritahu tentang definisi tadi? Bagus! Itu yang saya mahu. Saya ingin mengajak ibu-ibu dan bapa-bapa untuk mengimbau kembali macam mana anak membesar dari lahirnya ke dunia ini sehingga sekarang. Masih ingat kah? Ada yang tergelak mengigatinya? Ada yang ingin berkongsi lawak jenaka anak masing-masing dalam proses membesar?

Ok lah, tanpa membuang masa,  saya meneruskan ceramah saya. Perkembangan kanak-kanak normal dari sudut tindak balas motor seperti Rooting reflex , Grasp reflex  dan Moro reflex bagi 1 bulan. Bagi usia 3 bulan mereka sudah mula untuk menegakkan kepala dan cuba meniarap serta menelentang. Walaubagaimanapun, pada usia ini mereka memerlukan pertolongan ketika cunba duduk. Perhatian daripada para ibu dan bapa adalah perlu bagi mengelakkan kecederaan pada anak. Pada usia 9 bulan juga begitu, mereka sudah  mula duduk sendiri dan mulai merangkak. Dan yang paling digemari kanak-kanak adalah mereka akan mula berdiri dengan pertolongan. Usia 1 tahun, meraka sudah mula mberjalan megesut dan berjalan dipimpin tangan sebelah. Pada usia 2 tahun, pemerhatian lebih diperlukan kerana pada waktu ini mereka sudah mula berjalan sendiri, berlar dan memanjat. Jadi disini, saya menasihatkan kepada para ibu dan baoa supaya memberi perhatian dan penelitian terhadap anak anak dalam motor kasar mereka kerana ini akan mengekibatkan kecederaan yang tidak diingini.

 “ Adakah ibu-ibu dan bapa-bapa faham mengenai perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar ? ”  Sekarang , saya akan menerangkan mengenai perkembangan kanak-kanak dari aspek social atau tingkahlaku. Umur 1 tahun amat gemar menangis bukan? Itu adalah perkara normal dan perkembangan yang baik. Bagi 3 bulan pula, mereka sudah mula menghisap ibu jari dan juga meminati alam sekeliling. Pada usia 6 bulan pula mereka pandai menggemgam permainan dan akan melepaskan permainan jika diberi permainan yang lain. 9 bulan adalah satu usia yang bagus untuk mengajar anak-anak kerana mereka sudah pandai memadankan kiub-kiub dan menggunakan jari dengan baik. Usia 1 tahun, mereka pandai menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Selain itu, kanak-kanak boleh mengisi benda ke dalam bekas dan mencampakkan benda. Seterusnya, boleh membina menara daripada kiub dan membuka muka surat satu persatu serta menunjukkan gambar. Masih ingatkah ibu-ibu dan bapa-bapa ketika anak mengacau apabila hendak membaca surat khabar?

Seterusnya, perkembangan kanak-kanak dari aspek penglihatan. 1 bulan, mata anak masih lagi kabur maka mereka tidak menumpukan pandangan. Walaubagaimanapun, anak 3 bulan mata sudah mula mengikut benda yang bergerak. Kanak-kanak 6 bulan cuba menetapkan penglihatan pada sesuatu objek dan cuba mencapai permainan yang diinginnya . Melalui fasa perkembangan 6 bulan ini jelas menunjukkan anak anda positif dan tidak mengalami sebarang masalah. Usia 9 bulan, mereka sudah pandai mengikut benda jatuh. Manakala 1 tahun mata boleh mengikut benda yang bergerak cepat dan usia 2 tahun mereka sudah boleh melihat dengan baik. Jadi sebagai ibu dan baoa yang perihatin sila beri tumpuan penuh pada anak dari aspek penglihatan supaya perkara yang tidak diingini terjadi.

“Setakat ini , ada sebarang persoalan ? ”  ibu-ibu dan bapa-bapa boleh bertanya jika terdapat sebarang kemusykilan . Saya akan meneruskan kepada perkembangan kanak-kanak dari aspek pendengaran.  Bagi ibu yang mempuyai anak 1bulan sila perhatikan adakah anak anda akan menangis apabila terdengar bunyi yang kuat? Baguslah jika keadaan ini berlangsung kerana menunjukkan kepekaan anak anda terhadap bunyi. Pada usia 3 bulan pula mereka sudah boleh menentukan arah bunyi pada jarak yang tertentu. Namun, perkembangan sejajar dengan usia iaitu usia 6 bulan mereka sudah boleh menentu arah bunyi dalam jarak dekat hingga ke jauh. Pada usia 9 bulan mereka sudah menyahut apabila dipanggil nama. Dan seterusnya pada usia 1 tahun mereka sudah mampu memadamkan suara yang didengar. Jadi tidak hairanlah jika pada usia 2 tahun mereka mudah memahami perkataan yang senang apabila di beritahu. Inilah waktu suci mereka kerana waktu ini adalah anak yang amat mendengar kata.

Saya teruskan lagi tajuk kecil ceramah saya iaitu perkembangan kanak-kanak dari aspek pertuturan. Perekembangan ini amat ditunggu oleh si ibu dan bapa. Betul atau tidak? Saya memahami perasaan hadirin sekalian. Usia 1 bulan adalah pertuturan secara tidak langgung iaitu mereka berkomunikasi dengan menatap mata ke mata kita. Pada waktu begini ramai dalam kalangan anda yang akan bercakap dengan mereka. Dengan itu, pada usia 3 bulan mereka akan mula berkukur dan memekik bagi menunjukkan respon pada kita. Usia 6 bulan pula mereka akan mula menyebut perkataan yang mudah seperti DA BA. Dan usia 9 bulan ramai yang menggemari kerana kanak-kanak sudah pandai meniru bunyi yang didengari. Sejajar dengan itu, usia 1tahun memperlihatkan mereka menyebut 2 hingga 3 perkataan yang bermakna. Contohnya, MAMA dan juga PAPA. Bahagiakan? Umur 2 tahun kanak-kanak sudah boleh bercakap menggunakan rangkai kata. Pada waktu ini anda boleh lah bercakap dengan anak supaya mereka dapat berlatih bercakap seterusnya membesar dengan normal.

Huraian saya yang terakhir mengenai perkembangan kanak-kanak dari aspek adaptif.  Kita akan terus pada usia 1 bulan. Pada usia ini kanak-kanak hanya akn menatap mata ke muka. Namun, pada waktu ini penglihatan mereka masih belum cukup baik kerana mata mereka masih kabur pada waktu ini. Pada usia 3 bulan, penglihatan sudah pulih. Waktu ini mereka akan mula merenung muka ibu yang memberi susu kepadanya. Usia 6 bulan, kanak-kanak mula menggenggam benda dan akan melepaskan barang di tangan apabila dihulurkan benda lain. Pada usia 9 bulan pula, mereka sudah boleh memadankan kiub-kiub dan pandai menggunakan jari telunjuk. Usia 1 tahun pula, mereka boleh menggunakan ibu jari dan jari telunjuk serta boleh mengisi benda barang ke dalam bekas. Usia 2 tahun pembesaran dan perkembangan seiring dengan usia iaitu mereka sudah boleh membina menara daripada kiub dan pada waktu ini mereka akan mula mengacau anda semua membaca surat khabar kerana mereka sudah pandai membuka muka surak satu persatu dan akan menunjukkan pada sesuatu gambar yang menarik minatnya. Bahagia kan? Berseronoklah anda melayani proses perkembangan anak-anak.

Jadi, sebagai penutup, kesimpulannya “ Anak-anak adalah ibarat kain putih ” bermaksud anda sebagai ibubapa yang bertanggungjawab mencorakkan sifat dan tingkahlaku anak anda samada baik atau buruk . Peganglah pepatah Melayu , “ Melentur buluh biarlah dari rebungnya ” , dimana ibubapa juga pencetus kepada perkembangan anak-anak sehingga menjangkau usia dewasa dan menjadi generasi berguna pada masa akan datang . Oleh itu , saya ingin menasihatkan tuan-tuan dan puan-puan supaya memberikan perhatian lebih kepada anak anda dari kecil kerana ia mempengaruhi perkembangan kanak-kanak supaya mereka dapat melalui proses perkembangan yang baik kerana disertai dengan kasih sayang. Disini, saya menadah sepuluh jari jika ada sebarang kesilapan sepancang sesi ceramah saya ini. Sekali lagi terima kasih kepada ibu-ibu dan bapa-bapa yang sudi meluangkan masa bersama saya.

Sekian , terima kasih .

Rabu, 29 Februari 2012

VECTOR BOURNE INFECTION


VECTOR BOURNE INFECTION
Objektif:
1.     Mendefinasikan denggi, denggi hemorrhagic fever, dan Japanese encephalitis (EJ).
2.     Menyatakan insiden denggi, denggi hemorrhagic fever, dan Japanese encephalitis (EJ).
3.     Menyatakan agen penyebeb denggi, denggi hemorrhagic fever, dan Japanese encephalitis (EJ).
4.     Menyatakan cara perebakan denggi, denggi hemorrhagic fever, dan Japanese encephalitis (EJ).
5.     Menyatakan manifestasi klinikal denggi, denggi hemorrhagic fever, dan Japanese encephalitis (EJ).
6.     Menyatakan penyiasatan bagi denggi, denggi hemorrhagic fever, dan Japanese encephalitis (EJ).
7.     Menyatakan perawatan pesakit denggi, denggi hemorrhagic fever, dan Japanese encephalitis (EJ).
8.     Menyatakan cara pencegahan dan pengawalan bagi denggi, denggi hemorrhagic fever, dan Japanese encephalitis (EJ).
9.     Menyatakan diagnosis kejururawatan  bagi denggi, denggi hemorrhagic fever, dan Japanese encephalitis (EJ).
10.                       Menyatakan komplikasi bagi denggi, denggi hemorrhagic fever, dan Japanese encephalitis (EJ).
DEFINISI
a)     Denggi : nama lain breakbone fever, dengue like disease, O’ Nyong-Nyong Fever.
b)    Demam denggi : ia adalah sejenis penyakit berjangkit yang merbahaya yang disebabkan oleh virus denggi,
c)     Denggi haemorrhagic fever : adalah demam yang teruk yang boleh menyebabkan kematian. Keadaan ini berlaku apabila seseorang mempunyai immunity terhadap satu jenis denggi tetapi telah dijangkiti dengan jenis denggi yang lain.
d)    JE : ialah jangkitan pada otak disebabkan oleh virus dimana dibawa oleh nyamuk dan dibawa kepada manusia.

INSIDENT
1.     Kejadian ini berlaku di Negara-negara Tropika.
2.     Berlaku keatas orang dewasa dan kanak-kanak.
3.     Jumlah kes tinggi hingga mencapai 30 000 hingga 50 000 di Asia setiap tahun.
4.     100 milion kes berlaku di seluruh dunia dan sebahagian dilaporkan adalah kes denggi berdarah.
5.     Di Malaysia wabak JE paling buruk dilaporkan di negeri Sembilan pada tahun 1998 hingga Mac 2000. Dalam tempoh ini telah berlaku 84 kematian.

AGEN PENYEBAB
1.     Denggi, demam denggi hemorrhagic : gigitan nyamuk aedies aegypty pada siang hari yang dijangkiti.
2.     JE : gigitan nyamuk betina culex, terutama C tritaeniorhynchus terutama yang dijangkiti.
CARA PEREBAKAN
1.     Demam denggi haemorrhagic :  manusia kepada nyamuk dan nyamuk kepada manusia semula. Nyamuk menggigit manusia pada waktu siang hari iaitu pada awal pagi dan waktu senja. Nyamuk menghisap darah manusia pada waktu malam terutama lewat malam.
2.     JE : Nyamuk kepada khidzir kepada manusia. Apabila nyamuk betina culex menghisap darah khidzir, ia membawa bersama virus JE. Selepas 14 hari, nyamuk ini berupaya  untuk menyebarkan virus JE ke perumah baru iaitu khidzir. Manusia boleh mendapat jangkitan JE jika digigit oleh nyamuk Culex yang membawa virus. Manusia ialah perumah yang terakhir.kawasan pembiakan adalah di takungan air yang kotor seperti sawah padi, koam, lopak air dan parit.




MANIFESTASI KLINIKAL
Demam denggi
1.     Demam yang tinggi hingga 2-7 hari.
Demam denggi haemorrhagic
1.     Pening kepala
2.     Demam
3.     Ruam erythematous (terdapat pendarahan dalam tubuh)
4.     Mudah mengalami lebam
5.     Pendarahan dari hidung (epitaxis) gusi termasuk positif tourniquet test.
6.     Black stool (maleena) haematuria, haemetemisis.
JE
1.     Demam yang muncul dengan tiba-tiba
2.     Sakit kepala yang teruk
3.     Tahap kesedaran yang berkuranagn
4.     Keliru, meracau, resah dan mudah marah
5.     Sawan (dalam kalangan kanak-kanak)
6.     Tidak sedarkan diri / koma
7.     Pada peringkat yang teruk boleh menyebabkan kematian.
PENYIASATAN
Denggi, denggi hemorrhagic
1.     Profit cotting- kiraan platlet, masa pendarahan, masa pembekuan darah
2.     Full blood count (FBC)- peningkat awal demam adalah normal tetapi menurun apabila penyakit semakin teruk.
3.     Liver function test- liver enzyme akan meningkat.
4.     Serologic test- diambil pada peringkat acute dan convalescence. Mengesan kehadiran antibody bagi menentang virus.


JE- bertujuan bagi mengetahui punca encephalitis dan perlu disyaki penyakit JE jika pesakit menunjukkan infeksi pada system neuro. Contoh encephalitis, meningitis, acute flaccid paralysis.
1.     Ujian darah: dimana keputusan menunjukkan leukocytosis, hyponatremia
2.     Cecair tulang belakang (CSF)- keputusan terdapat pleocytosis dengan lymphocytic predominance.
PERAWATAN
Denggi, denggi hemorrhagic : Demam denggi di sebabkan oleh virus dimana tiada rawatan dan vaksin yang khusus. Rawatan adalah secara simtomatik.
1.     Rehiderasi melalui pemberian IV untuk merawat dehidrasi dan elektrolit. Contohnya 3 pint normal saline dan 2 pint Hartman’s solution dalam masa 24 jam.
2.     Pemindahan darah jika perlu- fresh blood atau platelets.
3.     Oxygen therapy.
4.     Rehatkan pesakit sepenuhnya di katil.
Denggi hemorrhagic : Pengesanan awal tanda-tanda renjatan adalah amat penting untuk memastikan prognosis yang baik bagi pesakit.
1.     Fasa demam : saringkan semua pesakit yang disyaki mengalami denggi melalui ujian ‘torniquet test’ terutama kanak-kanak. Demam pada suhu yang tinggi (38-40 darjah celcius)
2.     Berikan tab.paracetamol 10/mg/kg/dose prn
3.     Lakukan tepid sponges jika pesakit masih mengalami demam yang tinggi.
4.     Pemakanan: soft diet, fruit juice, milk dan ORS.
JE : rawatan symptomatic. Sehingga kini tiada penawar bagi JE.
1.     Ubatan : antipyritis. Contohnya paracetamol 10/mg/kg/dose prn
2.     IV drip : pesakit akan diberi rawatan airan intravena untuk merawat dehidrasi.
3.     Pesakit yang koma akan diberi bantuan pernafasan.



PENCEGAHAN
Demam denggi, denggi hemorrhagic
1.     Dirumah : hapuskan tempat pembiakan nyamuk melalui tutup semua bekas air, tukar air dalam bekas pasu pada setiap minggu.
2.     Abete larutan : 1 sudu the dengan 90 liter air.
3.     Perparitan yang sempurna.
4.     Timbus lopak air
5.     Menyembur racun serangga / fogging
6.     Mengelakkan dari gigitan nyamuk dengan menggunakan kelambu dan guna racun serangga.
7.     Ambil imunisasi.
JE
1.     Notify kepada pegawai kesihatan untuk mencari punca dan mengawal rebakan.
2.     Hapuskan tempat pembiakan nyamuk.
3.     Hapuskan nyamuk dengan lakukan fogging menggunakan DEET.
4.     Pemberian vaksin JE.
5.     Hapuskan binatang yang mendapat jangkitan virus JE.
6.     Amalkan langkah untuk elakkan jangkitan virus JE.
7.     Pendidikan kesihatan dan publisiti meliatkan tempatan / negeri / daerah dan kampong.
8.     Dapatkan rawatan awal sebaik menunjukkan tanda demam.
DIAGNOSIS KEJURURAWATAN.
Hyperthermia related to disease proses
Matlamat : suhu badan pesakit dapat di kurangkan
1.     Rawat pesakit dan nasihatkan agar berehat di atas katil dan kurangkan mobilisasi untuk membantu mengurangkan metabolism dan mengurangkan peningkatan suhu badan.
2.     Galakkan pesakit menggunakan pakaian yang nipis untuk membantu evaporasi suhu badan dan membantu dalam penurunan suhu badan.
3.     Lakukan tepid sponge jika suhu badan melebihi 38.5 darjah celcius.
4.     Galakkan pesakit minum airan sebanyak 2-3 liter sehari jika mampu dengan minum secara sedikit-sedikit tetapi kerap bagi membantu hidrasi tubuh badan.
5.     Berikan pesakit tab. Paracetamol 500-1000 mg tds. Jika suhu masih tidak turun laporkan pada doctor
Altered comfort : headache, joint pain related to disease proses
Matlamat : pesakit dapat berehat dan berasa selesa dengan tiada merasa sakit.
1.     Rehatkan pesakit di atas katil dan nasihatkan pesakit supaya kurangkan penggunaaan tenaga dengan kurangkan pergerakan.
2.     Bantu pesakit dalam melakukan aktiviti harian seperti memakai pakaian supaya dapat mengurangkan pergerakan.
3.     Rancang perawatan kepada pesakit supaya tidak menggangu masa rehat pesakit.
4.     Lakukan terapi alihan kepada pesakit seperti menonton televisyen bagi mengurangkan tumpuan terhadap kesakitan dan pesakit akan berasa terhibur.
5.     Berikan tab. Acetaminophen 50mg tds mengikut arahan doctor bagi mengurangkan kesakitan.

Knowledge deficit about disease, treatment and prevention
Matlamat: pesakit dapat mengetahui tentang penyakit yang dialami, perawatanya dan langkah pencegahan.
1.     Terangkan kepada pesakit tentang penyakit yang dialami supaya pesakit faham dan dapat memberi kerjasama dalam perawatan.
2.     Minta pesakit supaya segera memberitahu kepada jururawat jika terdapat tanda-tanda denggi berdarah seperti gusi berdarah dan bintik-bintik supaya langkah perawatan segera dapat dilakukan.
3.     Beritahu pesakit tentang pemantauan yang akan dilakukan iaitu dengan mengambil sample darah 2 kali sehari bagi mengetahui tahap penyakit yang dialami.
4.     Nasihatkan pesakit supaya tidur dalam kelambu bagi mengelakkan beliau digigit nyamuk seterusnya akan menyebarkan penyakit yang dihidapi.
5.     Terangkan kepada pesakit tentang langkah pencegahan yang perlu diambil supaya nyamuk tidak dapat membiak dan dapat mengurangkan risiko penyakit berjangkit.


Potential fluid volume deficit related to hemorrhagic
Matlamat: keperluan cecair dan elektrolit dalam tubuh badan mencukupi.
1.     Nasihatkan pesakit supaya mengambil minuman 2 hingga 3 liter sehari bagi mengekalakan keseimbangan cecair dalam badan.
2.     Bantu doctor dalam pemasangan branula dan pemberian airan intravena yang telah diarahkan seperti 5 pint normal saline bagi tempoh 24jam.
3.     Lakukan pemerhatian terhadap kulit pesakit seperti keanjalan kulit bagi mengetahui tahap hidrasi tubuh.
4.     Catatkan segala intake otput pesakit didalam carta intake output bagi mengetahui keberkesanan perawatan.


KOMPLIKASI
Denggi, demam denggi hemorrhagic
1.     Pendarahan.
2.     Hypovolemic shock.
JE
1.     Parkinisonism
2.     Paralysis
3.     Mental retardation

Khamis, 3 November 2011

soalan mnsc t2s1


En. Rames, 50 tahun dimasukkan ke wad kerana mengalami hematemesis. Beliau penghidap cirrhosis of liver sejak 5 tahun yang lalu
a)     Nyatakan definisi cirrhosis of liver? (2 markah)
Cirrhosis of liver merupakan satu penyakit hepar yang kronik dimana terdapat kemusnahan dan perubahan degenerative pada struktur hati yang berpanjangan menyebabkan kerosakan tisu-tisu dan sel-sel hepar menjadi nekrosis. Dengan ini pembentukan fibrosis dan nodul akan mengganggu fungsi hepar serta menghalang pengaliran darah, limfa, hempedu melalui hati menyebabkan hipertensi portal (portal hypertensi) dan gangguan fungsi hepar.

b)     Terangkan mengapa en.rames mengalami hematemesis? (5 markah)
1.     Fungsi tisu hati rosak secara berperingkat-berperingkat dan digantikan dengan fibrus scar tisu.
2.     Apabila hepatosit dan lobul hati rosak fungsi metabolic hati terganggu.
3.     Tisu penghubung mengelilingi structure  nodul yang tidak normal sehingga menghalang aliran darah dan hempedu dalam lobul hati
4.     Darah tidak lagi mengalir secara bebas daripada hati ke inferior vena cava membawa kepada masalah portal hypertension
5.     Salur darah di esophagus dilate akibat tekana yang tinggi dalam salur darah
6.     Pengambilan makanan bermolekul besar dan reflux jus gaster mengakis salur darah di esophagus dan menyebabkan pendarahan.
7.     Kehadiran darah dalam gaster menyebabkan pesakit mengalami hematemesis

Daripada asessmen anda mendapati en. Rames telah muntah sebanyak 300ml darah.
c)      Terangkan tindakan kejururawatan segera yang anda perlu dilakukan ke atas en. Rames sebelum ketibaan doctor. (7 markah)
1.     Rehatkan pesakit sepenuhnya dikatil supaya dapat mengurangkan pergerakan dan seterusnya mengurangkan tenaga serta memaksimumkan fungsi hepar kerana muntah yang dialami menyebabkan tenaga semakin berkurang dan tidak mencukupi.
2.     Monitor tanda vital seperti nadi, pernafasan dan tekanan darah bagi mengesan tanda-tanda tachycardia akibat hypovolemic shock jika muntah yang dialami semakin teruk.
3.     Masukkan nasogastric tube dan lakukan aspirasi gaster bagi mengeluarkan darah dalam gaster supaya dapat mengurangkan abdominal distension.
4.     Lakukan lavaj gaster kepada pesakit dengan cold saline bagi menghentikan pendarahan supaya pesakit lebih selesa.
5.     lakukan free flow dan perhatikan kandungan gaster bagi mengesan jika masih terdapat pendarahan supaya tindakan perawatan seterusnya dapat dilakukan.
6.     Beri infuse intravena bagi mengganti cecair dan electrolit yang hilang akibat pendarahan.
7.     Catit dalam intake output bagi mengesan keberkesanan perawatan supaya dapat dijadikan sebagai data base bagi doctor menjalankan rawatan lanjut.
Selepas rawatan diberi, hematemesis yang dialami oleh en.rames dapat dikawal. Dari assessemen lanjutan, anda telah mengenal pasti en.rames mengalami 2 masalah kejururawatan.
d)     Terangkan intervensi kejururawatan bagi masalah berikut:-
                           I.          Perubahan isipadu cecair: acites berkaitan dengan proses penyakit (6 markah)
1.     Bantu doctor dalam melakukan abdominal tapping bagi mengeluarkan ccair berlebihan di kaviti peritonium
2.     Beri infuse intravena bagi mengelakkan pesakit mendapat hypovolemic shock akibat pengeluaran cecair ynag banyak.
3.     Catat pengeluaran cecair dalam intake output chart dan laporkan dengan segera jika output melebihi 2000ml yang boleh menyebebkan pesakit mendapat hypovolemic shock supaya tindakan segera dapat diambil.
4.     Ukur abdominal girth setiap 4 jam bagi menilai keadaan asites.
5.     Monitor keputusan makmal seperti potassium bagi mengesan tanda-tanda awal hypokalemia.
6.     Nasihatkan pesakit supaya elakkan mengambil makanan tinggi sodium bagi mengurangkan retensi cecair supaya asites dapat dikurangkan

                         II.          Gangguan keselesaan : pruritis berkaitan dengan jaundis (5 markah)
1.     Beri penerangan yang jelas tentang proses penyakit supaya pesakit faham dan memberi kerjasama untuk mengatasi masalah pruritis yang dialami
2.     Posisi dan  rehatkan pesakit bagi mengurangkan geseran pada pemukaan kulit supaya pruritis dapat dikurangkan
3.     Periksa kuku pesakit tidak panjang bagi mengelakkan kecederaan kulit apabila menggaru.
4.     Sapukan topical agent mengikut perskipsi doctor, contohnya calamine lotion tds bagi mengurangkan pruritis
5.     Lakukan pemerhatian am dan dengar aduan bagi menilai keberkesanan perawatan