Selasa, 15 Januari 2013

TEKS PENDIDIKAN KESIHATAN : PERKEMBANGAN 1 BULAN HINGGA 2 TAHUN



Assalamualaikum . Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia kepada pembimbing penceramah yang dihormati , KJ Radziah  , tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian . Saya Jururawat Pelatih , Noor Mas Ayu Daud dari Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru akan menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk “ Perkembangan Kanak-kanak 1 bulan sehingga 2 tahun. Sebelum memulakan, tahniah saya ucapkan kepada semua yang berada disini kerana anda telah menjadi seorang ibu dan bapa serta terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama saya pada hari ini.

Di sini, saya ingin menerangkan definisi mengenai perkembangan kanak-kanak ialah kemajuan dalam kemampuan atau kanak-kanak melakukan sesuatu aktiviti termasuk aktiviti yang lebih rumit apabila kanak-kanak menjangkau umur yang sesuai. Penilaian dilakukan dari aspek motor kasar, soaial, penglihatan, pendengaran pertuturan dan adaptif. Contohnya kebolehan memegang atau mengambil sesuatu dengan jari , kebolehan duduk , berjalan , serta  kemahiran bercakap dan berfikir. Mesti ramai yang membayangkan proses pembesaran anak masing-masing kan apabila saya beritahu tentang definisi tadi? Bagus! Itu yang saya mahu. Saya ingin mengajak ibu-ibu dan bapa-bapa untuk mengimbau kembali macam mana anak membesar dari lahirnya ke dunia ini sehingga sekarang. Masih ingat kah? Ada yang tergelak mengigatinya? Ada yang ingin berkongsi lawak jenaka anak masing-masing dalam proses membesar?

Ok lah, tanpa membuang masa,  saya meneruskan ceramah saya. Perkembangan kanak-kanak normal dari sudut tindak balas motor seperti Rooting reflex , Grasp reflex  dan Moro reflex bagi 1 bulan. Bagi usia 3 bulan mereka sudah mula untuk menegakkan kepala dan cuba meniarap serta menelentang. Walaubagaimanapun, pada usia ini mereka memerlukan pertolongan ketika cunba duduk. Perhatian daripada para ibu dan bapa adalah perlu bagi mengelakkan kecederaan pada anak. Pada usia 9 bulan juga begitu, mereka sudah  mula duduk sendiri dan mulai merangkak. Dan yang paling digemari kanak-kanak adalah mereka akan mula berdiri dengan pertolongan. Usia 1 tahun, meraka sudah mula mberjalan megesut dan berjalan dipimpin tangan sebelah. Pada usia 2 tahun, pemerhatian lebih diperlukan kerana pada waktu ini mereka sudah mula berjalan sendiri, berlar dan memanjat. Jadi disini, saya menasihatkan kepada para ibu dan baoa supaya memberi perhatian dan penelitian terhadap anak anak dalam motor kasar mereka kerana ini akan mengekibatkan kecederaan yang tidak diingini.

 “ Adakah ibu-ibu dan bapa-bapa faham mengenai perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar ? ”  Sekarang , saya akan menerangkan mengenai perkembangan kanak-kanak dari aspek social atau tingkahlaku. Umur 1 tahun amat gemar menangis bukan? Itu adalah perkara normal dan perkembangan yang baik. Bagi 3 bulan pula, mereka sudah mula menghisap ibu jari dan juga meminati alam sekeliling. Pada usia 6 bulan pula mereka pandai menggemgam permainan dan akan melepaskan permainan jika diberi permainan yang lain. 9 bulan adalah satu usia yang bagus untuk mengajar anak-anak kerana mereka sudah pandai memadankan kiub-kiub dan menggunakan jari dengan baik. Usia 1 tahun, mereka pandai menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Selain itu, kanak-kanak boleh mengisi benda ke dalam bekas dan mencampakkan benda. Seterusnya, boleh membina menara daripada kiub dan membuka muka surat satu persatu serta menunjukkan gambar. Masih ingatkah ibu-ibu dan bapa-bapa ketika anak mengacau apabila hendak membaca surat khabar?

Seterusnya, perkembangan kanak-kanak dari aspek penglihatan. 1 bulan, mata anak masih lagi kabur maka mereka tidak menumpukan pandangan. Walaubagaimanapun, anak 3 bulan mata sudah mula mengikut benda yang bergerak. Kanak-kanak 6 bulan cuba menetapkan penglihatan pada sesuatu objek dan cuba mencapai permainan yang diinginnya . Melalui fasa perkembangan 6 bulan ini jelas menunjukkan anak anda positif dan tidak mengalami sebarang masalah. Usia 9 bulan, mereka sudah pandai mengikut benda jatuh. Manakala 1 tahun mata boleh mengikut benda yang bergerak cepat dan usia 2 tahun mereka sudah boleh melihat dengan baik. Jadi sebagai ibu dan baoa yang perihatin sila beri tumpuan penuh pada anak dari aspek penglihatan supaya perkara yang tidak diingini terjadi.

“Setakat ini , ada sebarang persoalan ? ”  ibu-ibu dan bapa-bapa boleh bertanya jika terdapat sebarang kemusykilan . Saya akan meneruskan kepada perkembangan kanak-kanak dari aspek pendengaran.  Bagi ibu yang mempuyai anak 1bulan sila perhatikan adakah anak anda akan menangis apabila terdengar bunyi yang kuat? Baguslah jika keadaan ini berlangsung kerana menunjukkan kepekaan anak anda terhadap bunyi. Pada usia 3 bulan pula mereka sudah boleh menentukan arah bunyi pada jarak yang tertentu. Namun, perkembangan sejajar dengan usia iaitu usia 6 bulan mereka sudah boleh menentu arah bunyi dalam jarak dekat hingga ke jauh. Pada usia 9 bulan mereka sudah menyahut apabila dipanggil nama. Dan seterusnya pada usia 1 tahun mereka sudah mampu memadamkan suara yang didengar. Jadi tidak hairanlah jika pada usia 2 tahun mereka mudah memahami perkataan yang senang apabila di beritahu. Inilah waktu suci mereka kerana waktu ini adalah anak yang amat mendengar kata.

Saya teruskan lagi tajuk kecil ceramah saya iaitu perkembangan kanak-kanak dari aspek pertuturan. Perekembangan ini amat ditunggu oleh si ibu dan bapa. Betul atau tidak? Saya memahami perasaan hadirin sekalian. Usia 1 bulan adalah pertuturan secara tidak langgung iaitu mereka berkomunikasi dengan menatap mata ke mata kita. Pada waktu begini ramai dalam kalangan anda yang akan bercakap dengan mereka. Dengan itu, pada usia 3 bulan mereka akan mula berkukur dan memekik bagi menunjukkan respon pada kita. Usia 6 bulan pula mereka akan mula menyebut perkataan yang mudah seperti DA BA. Dan usia 9 bulan ramai yang menggemari kerana kanak-kanak sudah pandai meniru bunyi yang didengari. Sejajar dengan itu, usia 1tahun memperlihatkan mereka menyebut 2 hingga 3 perkataan yang bermakna. Contohnya, MAMA dan juga PAPA. Bahagiakan? Umur 2 tahun kanak-kanak sudah boleh bercakap menggunakan rangkai kata. Pada waktu ini anda boleh lah bercakap dengan anak supaya mereka dapat berlatih bercakap seterusnya membesar dengan normal.

Huraian saya yang terakhir mengenai perkembangan kanak-kanak dari aspek adaptif.  Kita akan terus pada usia 1 bulan. Pada usia ini kanak-kanak hanya akn menatap mata ke muka. Namun, pada waktu ini penglihatan mereka masih belum cukup baik kerana mata mereka masih kabur pada waktu ini. Pada usia 3 bulan, penglihatan sudah pulih. Waktu ini mereka akan mula merenung muka ibu yang memberi susu kepadanya. Usia 6 bulan, kanak-kanak mula menggenggam benda dan akan melepaskan barang di tangan apabila dihulurkan benda lain. Pada usia 9 bulan pula, mereka sudah boleh memadankan kiub-kiub dan pandai menggunakan jari telunjuk. Usia 1 tahun pula, mereka boleh menggunakan ibu jari dan jari telunjuk serta boleh mengisi benda barang ke dalam bekas. Usia 2 tahun pembesaran dan perkembangan seiring dengan usia iaitu mereka sudah boleh membina menara daripada kiub dan pada waktu ini mereka akan mula mengacau anda semua membaca surat khabar kerana mereka sudah pandai membuka muka surak satu persatu dan akan menunjukkan pada sesuatu gambar yang menarik minatnya. Bahagia kan? Berseronoklah anda melayani proses perkembangan anak-anak.

Jadi, sebagai penutup, kesimpulannya “ Anak-anak adalah ibarat kain putih ” bermaksud anda sebagai ibubapa yang bertanggungjawab mencorakkan sifat dan tingkahlaku anak anda samada baik atau buruk . Peganglah pepatah Melayu , “ Melentur buluh biarlah dari rebungnya ” , dimana ibubapa juga pencetus kepada perkembangan anak-anak sehingga menjangkau usia dewasa dan menjadi generasi berguna pada masa akan datang . Oleh itu , saya ingin menasihatkan tuan-tuan dan puan-puan supaya memberikan perhatian lebih kepada anak anda dari kecil kerana ia mempengaruhi perkembangan kanak-kanak supaya mereka dapat melalui proses perkembangan yang baik kerana disertai dengan kasih sayang. Disini, saya menadah sepuluh jari jika ada sebarang kesilapan sepancang sesi ceramah saya ini. Sekali lagi terima kasih kepada ibu-ibu dan bapa-bapa yang sudi meluangkan masa bersama saya.

Sekian , terima kasih .