
TAJUK: 6 BULAN PERTAMA: Berikan Susu Ibu Sahaja
Berwaspada, Selamatkah Pilihan Anda?
1. Susuilah bayi secara eksklusif dari lahir sehingga 6 bulan dan teruskannya hingga bayi mencapai umur dua tahun. Perkenalkan makanan pelengkap kepada bayi apabila umurnya genap 6 bulan. Ini ialah kerana:
Susu ibu mengandungi zat-zat yang mencukupi untuk tumbesaran normal bayi.
Susu ibu senang dihadam dan dapat digunakan dengan berkesan oleh bayi.
Kolostrum yang merupakan cecair pertama dikeluarkan oleh payudara bertindak sebagai imunisasi pertama yang membantu melindungi bayi dari alahan dan jangkitan.
Faktor pembesaran dalam susu ibu meningkatkan perkembangan dan kematangan sistem imun, sistem saraf, organ-organ dan kulit bayi.
Enzim-enzim digestif seperti laktase dan lipase di dalam susu ibu melindungi bayi yang mempunyai sistem-sistem yang kurang matang.
Laktosa susu ibu pula menolong mencegah meningkatkan penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat. Laktosa juga merangsang perkembangan otak.
Susu ibu menggalak faktor bifidus membiak dalam usus bagi mencegah pembiakan bakteria patogenik yang menyebabkan penyakit.
Mengandungi Arachidonic Acid (AA) dan Docosahexaenoic Acid (DHA) untuk membantu proses pertumbuhan dan perkembangan otak bayi yang optima.
Penyusuan susu ibu mengeratkan kasih sayang di antara ibu dan bayinya.
2. Hindarilah susu formula. Ini ialah kerana penyusuan susu formula akan menyebabkan:
Bayi lebih mudah mendapat jangkitan seperti demam, batuk dan selsema.
Bayi mudah mendapat cirit-birit yang berlarutan.
Pencemaran mudah berlaku apabila air bancuhan atau peralatan botol dan puting tidak dibersihkan atau direbus dengan sempurna.
Meningkatnya perbelanjaan keluarga untuk membeli susu formula, puting dan botol susu serta bahan api untuk memasak air.
Bayi mengalami kekurangan zat makanan jika susu formula dicairkan.
Masalah kegemukan kepada bayi akibat diberi susu fomula yang berlebihan.
Masalah kegemukan kepada ibu akibat simpanan lemak ibu tidak digunakan untuk penghasilan susu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan