Khamis, 3 November 2011

soalan mnsc t2s1


En. Rames, 50 tahun dimasukkan ke wad kerana mengalami hematemesis. Beliau penghidap cirrhosis of liver sejak 5 tahun yang lalu
a)     Nyatakan definisi cirrhosis of liver? (2 markah)
Cirrhosis of liver merupakan satu penyakit hepar yang kronik dimana terdapat kemusnahan dan perubahan degenerative pada struktur hati yang berpanjangan menyebabkan kerosakan tisu-tisu dan sel-sel hepar menjadi nekrosis. Dengan ini pembentukan fibrosis dan nodul akan mengganggu fungsi hepar serta menghalang pengaliran darah, limfa, hempedu melalui hati menyebabkan hipertensi portal (portal hypertensi) dan gangguan fungsi hepar.

b)     Terangkan mengapa en.rames mengalami hematemesis? (5 markah)
1.     Fungsi tisu hati rosak secara berperingkat-berperingkat dan digantikan dengan fibrus scar tisu.
2.     Apabila hepatosit dan lobul hati rosak fungsi metabolic hati terganggu.
3.     Tisu penghubung mengelilingi structure  nodul yang tidak normal sehingga menghalang aliran darah dan hempedu dalam lobul hati
4.     Darah tidak lagi mengalir secara bebas daripada hati ke inferior vena cava membawa kepada masalah portal hypertension
5.     Salur darah di esophagus dilate akibat tekana yang tinggi dalam salur darah
6.     Pengambilan makanan bermolekul besar dan reflux jus gaster mengakis salur darah di esophagus dan menyebabkan pendarahan.
7.     Kehadiran darah dalam gaster menyebabkan pesakit mengalami hematemesis

Daripada asessmen anda mendapati en. Rames telah muntah sebanyak 300ml darah.
c)      Terangkan tindakan kejururawatan segera yang anda perlu dilakukan ke atas en. Rames sebelum ketibaan doctor. (7 markah)
1.     Rehatkan pesakit sepenuhnya dikatil supaya dapat mengurangkan pergerakan dan seterusnya mengurangkan tenaga serta memaksimumkan fungsi hepar kerana muntah yang dialami menyebabkan tenaga semakin berkurang dan tidak mencukupi.
2.     Monitor tanda vital seperti nadi, pernafasan dan tekanan darah bagi mengesan tanda-tanda tachycardia akibat hypovolemic shock jika muntah yang dialami semakin teruk.
3.     Masukkan nasogastric tube dan lakukan aspirasi gaster bagi mengeluarkan darah dalam gaster supaya dapat mengurangkan abdominal distension.
4.     Lakukan lavaj gaster kepada pesakit dengan cold saline bagi menghentikan pendarahan supaya pesakit lebih selesa.
5.     lakukan free flow dan perhatikan kandungan gaster bagi mengesan jika masih terdapat pendarahan supaya tindakan perawatan seterusnya dapat dilakukan.
6.     Beri infuse intravena bagi mengganti cecair dan electrolit yang hilang akibat pendarahan.
7.     Catit dalam intake output bagi mengesan keberkesanan perawatan supaya dapat dijadikan sebagai data base bagi doctor menjalankan rawatan lanjut.
Selepas rawatan diberi, hematemesis yang dialami oleh en.rames dapat dikawal. Dari assessemen lanjutan, anda telah mengenal pasti en.rames mengalami 2 masalah kejururawatan.
d)     Terangkan intervensi kejururawatan bagi masalah berikut:-
                           I.          Perubahan isipadu cecair: acites berkaitan dengan proses penyakit (6 markah)
1.     Bantu doctor dalam melakukan abdominal tapping bagi mengeluarkan ccair berlebihan di kaviti peritonium
2.     Beri infuse intravena bagi mengelakkan pesakit mendapat hypovolemic shock akibat pengeluaran cecair ynag banyak.
3.     Catat pengeluaran cecair dalam intake output chart dan laporkan dengan segera jika output melebihi 2000ml yang boleh menyebebkan pesakit mendapat hypovolemic shock supaya tindakan segera dapat diambil.
4.     Ukur abdominal girth setiap 4 jam bagi menilai keadaan asites.
5.     Monitor keputusan makmal seperti potassium bagi mengesan tanda-tanda awal hypokalemia.
6.     Nasihatkan pesakit supaya elakkan mengambil makanan tinggi sodium bagi mengurangkan retensi cecair supaya asites dapat dikurangkan

                         II.          Gangguan keselesaan : pruritis berkaitan dengan jaundis (5 markah)
1.     Beri penerangan yang jelas tentang proses penyakit supaya pesakit faham dan memberi kerjasama untuk mengatasi masalah pruritis yang dialami
2.     Posisi dan  rehatkan pesakit bagi mengurangkan geseran pada pemukaan kulit supaya pruritis dapat dikurangkan
3.     Periksa kuku pesakit tidak panjang bagi mengelakkan kecederaan kulit apabila menggaru.
4.     Sapukan topical agent mengikut perskipsi doctor, contohnya calamine lotion tds bagi mengurangkan pruritis
5.     Lakukan pemerhatian am dan dengar aduan bagi menilai keberkesanan perawatan