Rabu, 5 Oktober 2011

EPISIOTOMY

MASALAH 1
Potensi infeksi berkaitan dengan jagaan luka episiotomy.

OBJEKTIF
Tanda tanda infeksi tidak berlaku ke atas luka episiotomy Puan Hasmida

TINDAKAN KEJURURAWATAN

1. Asses tahap pengetahuan ibu berkaitan dengan penjagaan luka episiotomy bagi merancangan tindankan kejururawatan yang akan dilakukan

2. Nasihatkan ibu sentiasa menjaga kebersihan dibahagian perinueum bagi mengelakkan kelembapan yang boleh menyebabkan jangkitan pada luka episiotomi dengan cara :-

a. Cuci bersih setiap kali selepas buang air kecil atau besar
b. Lap kering dengan tuala yang bersih dan kering setiap kali selepas cucian
c. Tukar pad dengan kerap apabila basah
d. Tidak menyapu sebarang minyak pada jahitan selain ubatan yang dibekalkan.

3. Nasihatkan ibu menyapu ubatan (flavine) yang dibekalkan setiap kali selepas cuci dengan mendapkan beberapa minit pada jahitan untuk penyerapan ubatan yang lebih berkesan.

4. Ajar ibu cara melakukan pemeriksaan pada perinuem dengan mengguna cermin untuk mengenalpasti tanda tanda infeksi seperti

a. jahitan kelihatan kemerahan,
b. discaj yang berbau,
c. jahitan luka terbuka,
d. bahagian jahitan kelihatan bengkak
e. rasa gatal
f. demam

Jika ada tanda-tanda infeksi nasihatkan ibu segera ke Klinik atau Hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

5. Galakkan ibu mengambil makanan seimbang mengikut piramid makanan terutama tinggi kandungan

a) protein seperti ikan, ayam bagi membantu proses penyembuhan luka
b) vitamin seperti sayur-sayuran dan buah-buahan untuk meningkatkan imuniti badan bagi mengurangkan risiko jangkitan.
c) Serat / fiber dan cecair bagi mengelakkan ibu mengalami sembelit yang menyebabkan ibu meneran semasa membuang air besar dan ini menyebabkan ibu rasa sakit dan boleh menyebabkan jahitan terbuka.


6. Galakkan ibu melakukan ambulasi awal seperti berjalan-jalan perlahan atau melakukan senaman postnatal untuk meningkatkan peredaran darah bagi membantu penyembuhan luka yang baik dan cepat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan