Rabu, 5 Oktober 2011

SUSU IBU (6 BULAN PERTAMA)


TAJUK: 6 BULAN PERTAMA: Berikan Susu Ibu Sahaja
Berwaspada, Selamatkah Pilihan Anda?


1. Susuilah bayi secara eksklusif dari lahir sehingga 6 bulan dan teruskannya hingga bayi mencapai umur dua tahun. Perkenalkan makanan pelengkap kepada bayi apabila umurnya genap 6 bulan. Ini ialah kerana:

 Susu ibu mengandungi zat-zat yang mencukupi untuk tumbesaran normal bayi.

 Susu ibu senang dihadam dan dapat digunakan dengan berkesan oleh bayi.

 Kolostrum yang merupakan cecair pertama dikeluarkan oleh payudara bertindak sebagai imunisasi pertama yang membantu melindungi bayi dari alahan dan jangkitan.

 Faktor pembesaran dalam susu ibu meningkatkan perkembangan dan kematangan sistem imun, sistem saraf, organ-organ dan kulit bayi.

 Enzim-enzim digestif seperti laktase dan lipase di dalam susu ibu melindungi bayi yang mempunyai sistem-sistem yang kurang matang.

 Laktosa susu ibu pula menolong mencegah meningkatkan penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat. Laktosa juga merangsang perkembangan otak.

 Susu ibu menggalak faktor bifidus membiak dalam usus bagi mencegah pembiakan bakteria patogenik yang menyebabkan penyakit.

 Mengandungi Arachidonic Acid (AA) dan Docosahexaenoic Acid (DHA) untuk membantu proses pertumbuhan dan perkembangan otak bayi yang optima.

 Penyusuan susu ibu mengeratkan kasih sayang di antara ibu dan bayinya.


2. Hindarilah susu formula. Ini ialah kerana penyusuan susu formula akan menyebabkan:

 Bayi lebih mudah mendapat jangkitan seperti demam, batuk dan selsema.

 Bayi mudah mendapat cirit-birit yang berlarutan.

 Pencemaran mudah berlaku apabila air bancuhan atau peralatan botol dan puting tidak dibersihkan atau direbus dengan sempurna.

 Meningkatnya perbelanjaan keluarga untuk membeli susu formula, puting dan botol susu serta bahan api untuk memasak air.

 Bayi mengalami kekurangan zat makanan jika susu formula dicairkan.

 Masalah kegemukan kepada bayi akibat diberi susu fomula yang berlebihan.

 Masalah kegemukan kepada ibu akibat simpanan lemak ibu tidak digunakan untuk penghasilan susu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan