Jumaat, 30 September 2011

NASOGASTRIC ASPIRATION


DEFINISI
Pemberian larutan makan tiub nasogastric bagi mengekalkan keperluan cecair, elektrolit dan nutrisi

TUJUAN
1. Memilih cara lain selain mulut jika pesakit tidak dapat mengambil makanan secara normal
2. Menambahkan nutrisi dan cecair bagi pesakit yang gagal mengambil nutrisi yang cukup secara normal
JENIS MAKANAN
1. Egg flip – campuaran susu dan telur
2. Milo dan susu
3. Sustagen
4. Sup
5. Makanan yang diblanded
6. Air buah-buahan

INDIKASI
1. Pesakit yang mengalami keadaan yang luar biasa pada mulut,farinks dan esophagus
2. Pesakit yang tidak sedar diri
3. Pesakit yang tenat diikuti dengan pembedahan besar
4. Pesakit yang mengalami gangguan mental yang enggan makan
5. Pesakit yang mengalami kekurangan zat yang teruk

TANGGUNGJAWAB
1. Komunikasi
a)Terangkan dengan jelas kepada pesakit tujuan kemasukan nasogastic tiub supaya pesakit faham dan memberi kerjasama
b)Nilai tahap pengetahuan pesakit bagi memudahkan pemberian nasihat
2. keselesaan
a)Skrinkan pesakit bagi mengurangkan rasa malu pesakit ketika prosedur
b)Pakaikan makintosh untuk melindungi pakaian pesakit dari sedutan akibat muntah
c)Posisikan pesakit dalam baringan low fowlers atau semi recumbent mengikut kemampuan pesakit bagi memudahkan kemasukan nasogastric tiub
d) beri kumuran pada pesakit bagi menyegarkan salur penhadaman dan pernafasan
3. keselamatan
a) berikan larutan seperti yang diarahkan dan regim dengan sempurna:
 Amalkan kebersihan semasa penyediaan makanan bagi mengelakkan kecemaran dan gastroenteritis
 Pastikan suhu larutana adalah sesuai iaitu 37.8 degree
 Tapis larutan untuk elak tiub tersumbat
 Pastikan keperluan nutrisi mencukupi dari segi kuantiti dan kualiti bagi mengelakkan dehidrasi



c) Pastikan tiub dalam organ gaster dengan menjalankan ujian berikut
 Meletakkan tiub ke dalam gollipot yang berisi air dan jika terdapat gelombang udara mungkin tiub dalam trek respiratori
 Mendengar dengan stetoskop di bahagian epigastrik jika terdengar bunyi udara menunjukkan tiub berada dalam gaster
 Menyedut keluar cecair dari gaster dan uji dengan kertas litmus biri dan perubahan dari irukepada merah menunjukkan tiub dalam gaster.
4Pemerhatian
a) Perhatikan keadaan pesakit semasa kemasukan cecair yang pertama, jika pesakit tersedak, susah bernafas dan sianosis tanda-tanda aspirated pada paru-paru, sedut larutan dan keluarkan tiub dengan segera
5.Penilaian
a) Lakukan daily weigh bagi mengetahui keberkesanan perawatan
b) Periksa makaml BUSE bagi mengesan dehidrasi dan overload


KOMPLIKASI
1. Aspirasi pneumonia
2. Gastroenteritis – jika kebersihan tidak terjaga
3. Vomit – muntah
4. Abdomen distention – kemasukan udara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan