Rabu, 5 Oktober 2011

SEBELUM DAN SELEPAS KELAHIRAN

BUTIRAN KLIEN
Nama Ibu : Hasmida Binti Ishak
No.Kad Pengenalan : 800802-03-6124
Tarikh Lahir : 2 Ogos 1980
Umur : 30 Tahun
Agama : Islam
Kumpulan Etnik : Melayu
Tahap Pendidikan : SPM
Pekerjaan : Operator Kilang
Gravida : 03
Para : 02
Nama Suami : Noraizan Bin Shafian
No.Kad Pengenalan : 810915-01-5505
Perkerjaan : Technision Kilang Escatec Tebrau
Alamat : No.5, Kampung Pasir Kangkar Tebrau, Johor Bharu.
Tarikh Kelahiran : 26.07.2011 @ 1.29 pm
Jenis Kelahiran :Post Spontaneous Vaginal Delivery with Episiotomy
Jantina Bayi : Lelaki
Apgar Score : 9 dalam 1 minit
Antropomentri Bayi : Berat : 3.1 Kg
Ukuran lilitan kepala : 34cm
Ukuran lilitan dada : 33cm
Panjang : 50 cm
Tarikh Keluar Hospital : 27.07.2011 @ 2.00pm
Tarikh maklumat diterima : 27.07.2011 @ 2.30pm melalui telefon
RUMAH ( TEMPAT KEDIAMAN )
Jenis Rumah
Puan Hasmida tinggal di rumah kampung di Kampung Pasir,Kangkar Tebrau.Beliau tinggal bersama dengan ibubapa dan adik beradik yang lain.Terdapat 4 bilik tidur,1 bilik air dan 1 tandas.Mempunyai ruang tamu dan ruang dapur yang sempurna.Keadaan rumah beliau tersusun dengan kemas dan bersih.
Pengudaraan & Pencahayaan
Pengudaraan dan pencahayaan di dalam rumah Puan Hasmida adalah baik. Terdapat tingkap dan kipas syiling yang mencukupi untuk ventalasi yang baik.
Bekalan Air
Rumah Puan Hasmida di lengkapi oleh bekalan air yang sempurna. Mempunyai tangki air sebagai persediaan sekiranya bekalan air tiada. Bekalan air di salirkan oleh Saliaran Air Johor (SAJ).
Tempat Simpanan Makanan
Puan Hasmida menyimpan makanan basah dan mentah di dalam peti sejuk. Dan makanan yang baru di masak di letakkan di atas meja.Dan di sediakan di dalam periuk kecil dan mangkuk untuk persediaan makan bersama keluarga, di tutup dengan tudung saji.
Jenis Tandas
Rumah Puan Hasmida mempunyai 1 jenis tandas iaitu ‘ tandas cangkung ‘ dan 1 bilik mandi dimana kedua-duanya terletak di bahagian dapur.
Tempat Pembuangan Sampah
Sistem pembuangan sampah di urus sendiri oleh ahli keluarga dengan membakar di bahagian belakang rumah.
Saliran
Saliran air longkang dan tandas adalah baik dan memuaskan
Persekitaran
Kawasan di bahagian luar rumah adalah bersih, selesa dan aman di tambah pula dengan tanaman pokok hiasan dan pokok buah-buahan seperti jambu dan rambutan untuk mengelak panas .Terdapat juga sebatang sungai di bahagain depan rumah.
Kedudukan Dari Klinik Ke Rumah
Klinik paling berdekatan dengan rumah Puan Hasmida adalah Klinik Desa Kangkar Tebrau lebih kurang 3km ,manakala Hospital Sultan Ismail pula lebih kurang 6 km yang mengambil masa lebih kurang 30 minit – 1 jam
Kemudahan Awam
Suami Puan Hasmida mempunyai kenderaan sendiri iaitu kereta wira. Ini memudahkan Puan Hasmida untuk bergerak ke mana-mana dan tiada masalah sekiranya berlaku kecemasan. Manakala pengangkutan lain seperti bas dan teksi pun mudah di dapati.


















Pengambilan Sejarah Semasa ‘Booking’
Sejarah Surgikal dan Medikal
Puan Hasmida tidak mempunyai sebarang masalah dan penyakit sebelum mengandung dan tidak pernah menjalani sebarang pembedahan.
Sejarah Keluarga
Puan Hasmida mempunyai sejarah keluarga dimana emak beliau mempunyai Diabetes Mellitus dimana telah mendapat rawatan yang regular.Ini bermakna Puan Hasmida mempunyai risiko untuk mendapat Diabetes Mellitus jika beliau tidak menjaga cara pengambilan makan beliau.
Sejarah Kitaran Haid
Puan Hasmida mengalami haid yang pertama (menarche) pada usianya 13 tahun Manakala durasinya adalah tetap di antara 28-30 hari bertujuan menentukan hari ovulasinya. Jangkamasa kedatangan haidnya pula adalah di antara 6-7hari dan aliran darahnya adalah sedarhana. Beliau tidak mengalami masalah Dysmenorrhea semasa kedatangan haid. Semasa booking didapati Puan Hasmida tidak dapat mengingati tarikh pertama bulan terakhir beliau datang bulan(haidnya).Ini di catit sebagai USOD(unsure of date) dan didapati tarikh jangkaan bersalin melalui pemeriksaan ultrasound yang dilakukan oleh doktor (REDD) adalah pada 30.7.2011
Sejarah Obstetrik Yang Lalu
Puan Hasmida tidak pernah mempunyai masalah obstetric sebelum ini.Beliau sihat dan tidak pernah mengalami keguguran.
Perihal Kehamilan Sekarang
Puan Hasmida mengesyaki beliau mengandung apabila tidak datang haid pada bulan November 2010. Bila beliau telah lewat 1 bulan , beliau telah melakukan ujian urine pregnancy test di rumah dan di dapati positif. Beliau telah dating ke Klinik Desa KangkarTebrau buat kali pertama untuk booking antenatal pada 13.12.2011 untuk melakukan pemeriksaan ibu hamil.
Aktiviti yang di jalankan semasa antenatal booking adalah seperti pengambilan :
Ketinggian : 156 cm
Berat Badan : 59.1 kg
BMI : 24.2 kg/m2
Tekanan Darah : 110/70 mmhg
Urine Sugar : Blue
Urine Albumin : Nil
Haemoglobin : 14.1gm%
HIV / VDRL : Non Reactive
Kumpulan Darah : “O”
Rh factor : Positive
BFMP : Normal

Perihal Kehamilan Selanjutnya
Sepanjang mengandung , Puan Hasmida telah datang ke klinik mengikut temujanji yang telah diberikan.Pemeriksaan rutin dilakukan seperti biasa setiap kali lawatan klinik dilakukan iaitu pengambilan tekanan darah adalah normal di antara 100-120/60-80 mmhg. Berat badan Puan Hasmida mengikut skala iaitu 0.5kg setiap bulan pada usia kandungan 20/52 dan 0.5kg setiap minggu pada usia kandungan20/52 keatas sehingga term.Haemoglobin di antara 11.4gm%-14.6gm%.Imunisasi ATT telah diberikan mengikut jadual.Dimana dos tambahan diberi pada 20.04.2011,dimana beliau telah mula merasa gerakan anak kali pertama untuk kandungan ini(quickening)
Pemeriksaan Rutin Medical Examination oleh doktor telah di lakukan sebanyak 2 kali iaiti pada 29.12.2010 first RME untuk confirm REDD (30.7.2011) dan 08.06.2011 second RME untuk melihat kandungan beliau adalah normal dengan keadaan fetus normal, single dan plasenta berada di upper segmet.Pemeriksaan oleh doktor gigi telah dilakukan pada 22.12.2010. Penyiasatan darah lain di lakukan seperti MGTT kerana beliau mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai Diabetes Mellitus.Keputusan untuk ujian tersebut adalah 5.0/8.7 mmol/l.Ujian BSP dilakukan dengan keputusan 4.2/3.7/4.2/4.4mmol/l.Doktor telah mengesakan beliau mengalami Diabetes on diet control
Pada usia kandungan beliau 38/52 Puan Hasmida mengadu sakit di bahagian fundus hingga ke bawah dan terdapat pengeluaran liquor.Ini menunjukkan kontraksi telah berlaku.Beliau di bawa oleh suaminya ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru kerana beliau mula merasa sakit seperti mahu bersalin


Perihal Labour
Peringkat Pertama
Puan Hasmida mengadu mula merasai sakit kontraksi 1:60 minit dalam masa 15 hingga 20 minit dan terdapat sedikit pengeluaran liquor pada 26.7.2011 pada pukul 5.00 pagi. Kemudian beliau telah datang ke bilik saringan pada pukul 8.00 pagi untuk melakukan pemeriksaan. Pemeriksaan di lakukan dan kekuatan kontraksinya di dapati 1:10 minit dalam durasi masa 20 minit-40 minit. Selain itu, pemeriksaan vagina yang di lakukan oleh doktor di dapati os membuka 2 cm, servik not efface, station -2 dan membrane absent.
Di bilik bersalin, pemasangan CTG telah di pasangkan pada Puan Hasmida secara berterusan untuk memantau keadaan fetus. Aliran normal saline telah di berikan sebanyak 2 pain untuk elakan Puan Hasmida daripada dehidaasi. Pengosongan bladder di lakukan setiap 2jam bagi membantu penurunan kepala fetus dan mengelakkan sebarang komplikasi semasa proses labour seperti obstracted labour @ rupture of bladder.
Pada pukul 1.10 petang di dapati Puan Hasmida kelihatan hendak “ Bearing Down “, jururawat bidan terlatih melakukan pemerikasaan vagina (VE) keatas Puan Hasmida dan di dapati “ Os Fully “. Kemudian jururawat bidan terlatih mengarahkan beliau bersedia untuk meneran dan bersedia untuk bersalin.Dengan mengalakkan beliau meneran semasa adanya kontraksi.
Peringkat Kedua
Pada 26.7.2011 @ pukul 1.29 petang Puan Hasmida telah selamat bersalin.Dan beliau telah melahirkan bayi lelaki secara Spontenous Vagial Delivey with episiotomy. “.IM Syntometrin 1 ampule di berikan untuk membantu pengecutan uterus dan pelekangan plasenta.. Sedutan “Oral nasal pharyng” di lakukkan keatas bayi dan apgar score 9 dalam 1 minit di berikan. Pemerhatian berterusan di lakukan keatas bayi dan di dapati apgar score 9 dalam 5 minit dan 9 dalam 10 minit.
Peringkat Ketiga :
Plasenta di lahirkan lengkap dengan jumlah kehilangan darah sebanyak 300 ml. Air milo di berikan kepada Puan Hasmida untuk memberikan tenaga kepada beliau bagi memulakan penyusuan ( Breast Feeding ) kepada bayinya 30 minit pertama selepas kelahiran. Bayinya di serahkan pada Puan Hasmida untuk “ Maternal Child Bonding “unutk menwujudkan hubungan ibu dengan anak.Pada pukul 3.00 petang selepas prosedur kelahiran selesai, Puan Hasmida telah di bawa ke wad postnatal untuk pemerhatian dan rawatan selanjutnya
BIL PERKARA CATATAN
1 Tarikh Lahir 26.07.2011
2 Waktu Lahir 1.29 Petang
3 Jantina Lelaki
4 Apgar Score 9:1 Minit
5 Berat 3.1 Kg
6 Panjang 50 cm
7 COH 34 cm

8 COC 33cm


























Keadaan Ibu Dan Bayi Selepas Bersalin Sehingga Di Benarkan Pulang Ke Rumah.
Keadaan Ibu
Puan Hasmida telah keluar dari bilik bersalin pada pukul 3.00 petang.Beliau dihantar ke wad postnatal.Keadaan Puan Hasmida masih kelihatan letih dan lemah.Pemerhatian dilakukan ke atas beliau.Tanda-vital yang dimbil menunjukkan normal.Perineum beliau terdapat luka episiotomy.Lokianya i dapati rubra dan banyak. Balddernya di dapati lembut. Bacaan tanda vital seperti berikut:-
Temp : 36.8 ยบ C
Tekanan Darah : 100/60 mmhg
Pernafasan : 18 / minit
Nadi : 86 / minit
Pua Hasmida digalakkan melakukan ambulasi awal selapas 6jam selepas kelahiran untuk meningkatkan peredaran darah dan mengelak belakunya hipostatik hipotensi.Belaiu dimbenarkan pada keesokkan harinya (27.7.2011) dimana keadaan beliau stabil dan tidak mengalami sebarang masalah.Beliaun jugak sudah PU dan BO selepas 6 jam selepas bersalin.

Keadaan Bayi
Bayi Puan Hasmida adalah kelihatan normal dan sihat.Bayinya tidak mempunyai sebarang masalah dan penyusuan adalah “ Breast Feeding On Demand ”.BO dan PU bayinya adalah lawas dan baik dalam masa 24 jam. Bayi beliau tidak mengalami jaundis ketika berada dalam hospital.Tali pusat anaknya tidak mengalmai pendarahan dan jangkitan. Pada 27.7.2011, beliau dan bayinya telah di benarkan pulang ke rumah setelah di dapati kedua-duanya adalah sihat , normal dan tiada komplikasi selepas bersalin. Luka episiotomy di dapati bersih, uteras contracted dan pendarahan rubra adalah sedarhana.




Nasihat
Nasihat dan pendidikan kesihatan diberikan kepada Puan Hasmida mengenai penjagaan diri, mengekalkan kesihatan dan menggalakan laktasi supaya dapat mengecualikan komplikasi pada ibu dan bayi. Antara Pendidikan Kesihatan yang di berikan adalah seperti :
Jagaan Luka Episoitomi
1. Ajar ibu cara menjaga dan mencuci luka dengan mencuci dari atas ke bawah dan lap kering untuk elak kelembapan yang menyebabkan infeksi berlaku.

2. Ajar dan tunjukkan cara untuk meletakkan ubat flavine pada luka episiotomy dengan menggunakan swab dengan cara mendapkan beberapa minit untuk penyerapan ubatan pada luka untuk membantu dalam proses penyembuhan luka.


3. Ajar ibu melakukan pemerhatian pada luka episiotomy dengan mengguna cermin untuk mengesan tanda-tanda infeksi seperti kemerahan, discaj yang berbau, jahitan terbuka, gatal atau bengkak dan nasihatkan ibu segera ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya

4. Nasihatkan ibu supaya mengambil makanan mengikut piramid makanan terutama tinggi
a. protein seperti ikan, ayam, daging, telur untuk membantu penyembuhan luka
b. Vitamin seperti sayur-sayuran hijau dan buah-buahan untuk meningkatkan imuniti badan bagi menrurangkan risiko jangkitan
c. Serat atau serabut seperti buah pisang, betik, prun dan sayur-sayuran untuk mengelak berlakunya sembelit


5. Nasihatkan ibu supaya sentiasa menukar tuala wanita (pad) dengan kerap kerana tempat yang lembap boleh mengakibatkan pembiakkan mikroorganisma

Ambulasi Awal
• Puan Hasmida di nasihatkan untuk melakukan ambulasi awal untuk mengalakkan peredaran darah yang baik dan pengeluaran lokia dengan adanya tarikan gravity bagi membantu mempercepatkan involusi uterus
• Ajar dan tunjukkan kepada ibu cara melakukan senaman postnatal dan senaman “pelvic floor” untuk menggalakkan peredaran darah,memberi kecergasan dan tenaga keapda ibu, dan mengekalkan tonus otot pelvis.

Penyusuan Susu Badan Secara Ekslusif
1. Terangkan kepada ibu mengenai kebaikan susu ibu

a) Kepada Bayi
• Untuk perkembangan mental dan fizikal bayi kerana mempunyai khasiat yang mencukupi.
• Mempunyai kolostrum IGG iaitu antibody yang tinggi dalam immunoglobulin bagi elakkan alahan dan infeksi pada bayi
• Susu ibu mudah di hadam dan dapat mengurangkan abdominal colic.
• Bayi tiada muntah dan tiada mengalami cirit-birit dan abdomen soft.
• Dapat mengurangkan risiko mendapat jaundis

b) Kepada Ibu
• Murah tidak perlu di beli disamping dapatmenjimatkan ekonomi keluarga
• Tidak memerlukan masa untuk penyediaan susu
• Boleh merapatkan hubungan antara ibu dan bayi (Maternal Child Bonding)
• Membantu mempercepatkan involusi uterus
• Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser pangkal rahim
• Boleh menjarakkan kehamilan sekiranya diberi secara ekslusif
• Dapat mengembalikan semula berat badan seperti asal disamping menjaga dalam pengambilan makanan seharian

2. Ajar ibu cara penjagaan payudara

a) bersihkan nipple payudara sebelum
b) penyusuan kepada bayi dengan air bersih untuk mengelak jangkitanmulut pada bayi semasa menyusu
c) elakkan penggunaan sabun atau krim dibahagian areola kerana boleh menyebabkan nipple menjadi kering dan merekah.
d) Guna pengguna baju dalam/bra yang sesuai untuk memberi ampuan pada payudara
e) Kosongkan payudara apabila ibu merasa payudara penuh dengan air susu iaitu melakukan EBM ( Ekspress Breast Milk ) bagi mengelakkan bengkak payudara.

3. Tunjukkan kepada ibu cara posisi pemberian susu ibu sama ada duduk atau baring yang betul mengikut keselesaan ibu, seperti
a. memegang bayi dengan mengampu kepala, bahu dan punggung secara selari
b. Perut bayi menyentuh perut ibu
c. Muka bayi menghadap payudara ibu

4. Tunjukkan kepada ibu cara perlekapan yang betul supaya bayi dapat penyusuan yang mencukupi dan mengelakkan putting luka, seperti
a. Beri ransangan di tepi mulut bayi supaya mulut bayi terbuka luas
b. Pastikan mulut bayi mencakup 2/3 sebahagian areola.
c. Pastikan bibir bayi melengkup keluar
d. Dagu bayi menyentuh payudara dan pipi bayi kelihatan kembung
e. Penghisapan secara perlahan, proses menelan dan bernafas boleh didengari

5. Nasihatkan ibu supaya meneruskan penyusuan secara ‘on demand’(mengikut kehendak bayi) iaitu tidak menetapkan masa dan kekerapan penyusuan kepada bayi, terutamanya pada waktu malam kerana pada waktu malam susu banyak dihasilkan dan beri masa untuk menghisap.

6. Galakkan ibu supaya memberi penyusuan di kedua-dua belah payudara untuk penghasilan susu baru yang berterusan dan mengelak bengkak payudara.

7. Ajar ibu cara mengeluarkanan puting payudara dari mulut bayi dengan cara yang betul dengan memasukkan jari kelingking di tepi mulut bayi,keluarkan putting apabila bayi membuka mulutnya untuk mengelakkan putting luka.


Jagaan Tali Pusat Bayi
1. Ajar ibu mengenali tanda-tanda jangkitan pada tali pusat bayi seperti
kemerahan,bengkak, berbau dan terdapat pengeluaran discaj seperti darah atau nanah.Jika ada segera ke klinik atau hospital untuk rawatan selanjutnya.

2. Tunjukkan ibu cara melakukan cuci tali pusat dengan betul dengan melakukan demostrasi dengan mencuci dengan menggunakan alcohol 70% yang telah dibekalkan kepada ibu.
a. Jika tali pusat basah, cucian dari atas ke bawah
b. Jika kering, cucian dari bawah ke atas.

3. Nasihatkan ibu tidak meletakkansebarang ubatan tradisional, bedak atau minyak gamat pada tali pusat untuk mengelak jangkitan pada tali pusat.
4. Nasihatkan ibu agar tidak memakaikan bayi dengan tali barut jika tali pusat masih basah bagi mengelak jangkitan terjadi.

5. Galakkan ibu mencuci tali pusat setiap kali selepas mandi atau menukar lampin bagi mengurangkan risiko jangkitan dan mempercepatkan tali pusat tertanggal.

6. Beritahu ibu tali pusat akan tanggal pada hari ke 5- 10 hari dimana ia akan tertanggal sendiri.Nasihatkan ibu tidak tarik atau putusakan tali pusat kerana ia boleh menyebabkan pendarahan.

Pemerhatian Terhadap Jaundis

1. Ajar ibu cara mengesan tahap jaundis dengan melakukan teknik “ blounching test “ dengan memberi tekanan selama 10 saat di bahagian muka, dada, peha, tibia/fibula,dan tapak tangan dan kaki dan perhatikan bahagian tekanan cepat kembali merah atau kelihatan kuning.

2. Beritahu ibu komplikasi dan bahaya jaundice jika tidak dirawat seperti kecacatan otak, kecacatan anggota badan dan mengalami masalah pendengaran dan bolah membawa kematian.


3. Elakkan menjemur bayi di bawah paras matahari kerana boleh mengakibatkan dehidrasi kepada bayi.

4. Nasihatkan ibu elakkan pengambilan ubatan tradisional secara minuman atau mandian seperti jamu,air kunyit dalam tempoh 2 minggu pertama selepas bersalin untuk mengelakkan bayi mendapat jaundis


5. Galakkan ibu meneruskan pemberian penyusuan susu ibu dengan lebih kerap setiap 1-2 jam sekali untuk mengurangkan janudis dan memastikan bayi mendapat airan yang mencukupi dan bilirubin dapat dikeluarkan melalui najis.

6. Nasihatkan ibu tidak memberi sebarang cecairan lain selain susu ibu sahaja kepada bayinya


7. Galakkan ibu mencuci tali pusat dengan lebih kerap bagi mengelakkan jangkitan yang boleh menyebabkan jaundis lambat berkurangan.

8. Nasihatkan ibu agar mengikut tarikh temujanji yang diberi untuk mengulangi ujian TSB untuk mengetahui tahap bacaan jaundis bayinya.

Kepentingan Jadual Lawatan Susulan klinik

1. Ingatkan ibu pergi ke klinik untuk pemeriksaan ibu dan bayi postnatal sebulan selepas kelahiran untuk penilaian pertumbuhan an perkembagan bayi dan menilai tahap kesihatan ibu daperancang keluarga.

2. Nasihatkan ibu membawa anaknya ke klinik mengikut tarikh lawatan berikutnya bagi melengkapkan imunisasi mengikut jadual dan untuk menilai pertumbuhan dan perkembagannya sehingga umur anak 6 tahun.


3. Galakkan ibu mengambilan perancang keluarga untuk meningkatkan tahap kesihatan ibu dari segi fizikal, mental dan sosial.


KESIMPULAN KES IBU DAN BAYI

Puan Hasmida berumur 30 tahun, seorang multigravida. Beliau telah selamat melahirkan anak yang ketiga iaitu bayi lelaki pada 26.7.2011 jam 1.20 petang secara ‘spontenous vaginal delivery’ dengan bantuan episiotomi. Bayi Puan Hasmida dilahirkan dengan apgar score 9 dalam 1 minit. Plasenta di lahirkan adalah lengkap dengan pengeluaran darah sebanyak 300 ml.Ukuran antropometri anak beliau selepas dilahirkan adalah berat 3.1kg, lilitan kepala 34cm, ukuran dada 33cm dan panjang 50cm.
Sepanjang lawatan ke rumah beliau, di dapati anak beliau mengalami jaundis pada hari ke-4 selepas kelahiran dengan bacaan pertama TSB adalah 14.0mg/dL.Pada hari ke-5 anak beliau dimasukkan ke wad di Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan phototherapy disebabkan bacaan TSB anak beliau meningkat iaitu 15.5mg/dL.Pada hari ke-6 anak beliau dibenarkan pulang dengan bacaan TSB 12.0mg/dL.Puan Hasmida dinasihatkan perlu mengulangi pemeriksaan TSB untuk mengetahui tahap bacaan TSB semakin menurun atau tidak.Didapati bacaan TSB anak beliau semakin menurun dengan bacaan 8.6mg/dL pada hari ke-13.Puan Hasmida dinasihatakan agar dapat meneruskan pemberian penyusuan susu ibu dengan kerap dan secara eksklusif sehingga 6 bulan.Keadaan Puan Hasmida di dapati semakin pulih selepas lengkap menerima rawatan antibiotik selepas di diagnosa oleh pegawai perubatan iaitu Right Of Cellulitis.
Pada 5.8.2011 kes ini ditamatkan pada hari ke 10 usia bayi apabila ibu dan bayinya telah di berikan nasihat sepanjang pueperium.

2 ulasan:

  1. Just wondering..butiran pesakit tidak patut didedahkan..apa lagi nama, alamat, nama suami..hopefully everything is made up..otherwise u should change them my dear..

    BalasPadam
  2. Just wondering..butiran pesakit tidak patut didedahkan..apa lagi nama, alamat, nama suami..hopefully everything is made up..otherwise u should change them my dear..

    BalasPadam